Back to Events
1792573377-image
Tuesday, September 01, 2026

SMM Perkukuh Kefahaman Komuniti Terhadap Aktiviti Cari Gali Di Tawau

Sabah Mineral Management (SMM), diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Pn. Natasha Sim, bersama pasukan teknikal dan ESG telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Komuniti di Tawau.

Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Fandi bin Ahmat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.67 Balung yang mewakili YB Syed Ahmad bin Syed Abas, ADUN Balung N.67, serta wakil daripada agensi-agensi Kerajaan termasuk Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Perhutanan Sabah dan Majlis Daerah Tawau. Turut hadir ialah wakil Ketua Anak Negeri, ketua-ketua kampung dan Pengerusi JKKK.

๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ž๐ฌ๐ข:
๐Ÿ’ฌ Sesi Soal Jawab CEO SMM bersama komuniti
๐Ÿ“Š Status Teknikal Lapangan
๐ŸŒฟ Perlindungan Alam Sekitar
๐Ÿค Pemulihan Tapak (Progressive Rehabilitation)
๐Ÿ“ข Saluran Maklum Balas (Grievance Mechanism)

SMM komited untuk memastikan komuniti mendapat maklumat yang jelas dan telus, di samping terus mendahulukan keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti tempatan.

#SMM #StewardingMinerals #EmpoweringCommunities #Tawau